Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang
akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,
daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.
Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati
sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di
sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari
persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan
tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh
para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan
di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar
yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara
atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada
pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan
masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan
kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang
diadakan oleh pihak sekolah.
Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.