PERSEDIAAN MENGHADAPI UJIAN ATAU PEPERIKSAAN

Adik2 yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersungguh-sungguh mengerjakan amal saleh dan kebajikan serta menurut segala perintahnya dan menjauhi segala apa-apa jua tegahan Allah Subhanahu Wataala. Mudah-mudahan kita tergolong hamba-hamba yang benar-benar beriman dan bertakwa serta takut kepada azab seksanya.

Masa adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala yang amat bernilai dan terlalu berharga. Pepatah ada mengatakan masa itu emas malahan lebih berharga dari emas, kerana emas boleh dijual beli. Emas boleh ditukar ganti, akan tetapi masa atau waktu yang telah berlalu pergi tidak akan berulang lagi. Penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan, orang yang bijak mengendalikan waktu sebaliknya adalah orang yang tahu menghargai waktu dan sama sekali tidak akan mempersia-siakan walau sesaat pun.

Sekarang kita sudah berada di akhir semester, ini bermakna peperiksaan akhir semester juga akan datang. Peperiksaan sebagai penilaian setiap pelajar setelah sepanjang tahun mengikuti pelajarannya. Sebagai contoh pada akhir bulan September ini bermulalah musim peperiksaan dan sudah tentu golongan penuntut dan pelajar sibuk mengulang kaji pelajaran masing-masing sebagai persediaan bagi menghadapi ujian atau peperiksaan tersebut. Disaat-saat hari peperiksaan semakin hampir menjelang, para pelajar setentunya dilanda cemas, takut, kebingungan memikirkan lebih-lebih lagi mereka yang masih belum membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan. Bermacam-macam persoalan akan timbul difikiran seperti:-
1. Bolehkah aku menjawab dalam peperiksaan itu nanti ?.
2. Bagaimanakah keputusan nanti yang aku perolehi, apakah aku akan
lulus atau gagal ?.

Para ibu bapa terutamanya serta anggota keluarga juga akan turut dilanda perasaan gelisah, bimbang dan memikirkan apakah anak-anak mereka akan berjaya atau tidak, para ibu bapa juga memainkan peranan dalam membantu kejayaan anak-anak mereka dengan memberikan dorongan dan nasihat serta memohon doa kejayaan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Kehidupan sebagai seorang pelajar penuh dengan perjuangan dan pengorbanan. Segala perjuangan dan pengorbanan dalam menuntut ilmu adalah mulia dan suci di sisi agama Islam, dalam suatu perjuangan kadang-kadang memperolehi kemenangan atau kejayaan dan ada kalanya kecundang. Kejayaan dan kegagalan semuanya telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala. Sebagai seorang hambanya kewajipan kita hanyalah berusaha. Apa sahaja keputusan yang diterima redhailah. Sekiranya berjaya, bersyukurlah kepada Allah Subhanahu Wataala. Jika sebaliknya terimalah dengan sabar dan redha. Kemungkinan di sebalik kegagalan itu banyak hikmat dan rashia yang tersirat yang kita tidak sedari. Apa yang penting hendaklah berusaha dan tidak putus asa. Oleh itu selepas berusaha hendaklah bertawakkal kepada Allah Subhanahu Wataala. Ketahuilah bahawa rajin dan berusaha itu asas dan tangga kearah kejayaan dan kecemerlangan.

Bagi mengelakkan atau mengurangkan rasa cemas, bimbang, bingung takut atau debaran dan berbagai-bagi tekanan perasaan untuk menghadapi hari peperiksaan dan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang, maka sebagai seorang pelajar muslim yang beragama adalah amat digalakkan untuk melakukan beberapa amalan-amalan yang tertentu sebagai satu usaha tambahan disamping amalan-amalan wajib yang lain amalan-amalan itu terbahagi kepada dua bahagian utama pertama: amalan kerohanian kedua: amalan fizikal.

Amalan kerohanian adalah yang berkaitan dengan pemeliharan hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala dan ketaatan terhadap segala perintah-perintah keagamaan seperti sembahyang, membaca Al-Quran, bertawakkal dan berharap kepada Allah Subhanahu Wataala, sabar, syukur, sentiasa mengingati Allah, mengerjakan sembahyang hajat, mengamalkan doa-doa yang tertentu dan sebagainya.

Manakala amalan yang berkaitan dengan fizikal atau pun jasmani luaran ialah dengan mengamalkan sistem permakanan atau minuman yang sempurna dan teratur, melakukan riadah atau senaman serta meluangkan waktu untuk merehatkan badan dan juga otak dan sebagainya.

Begitu juga para pelajar hendaklah mengambil berat tentang kesihatan. Kesihatan amat perlu dijaga setiap masa. Badan yang sihat akan memudahkan segala pekerjaan. Apabila kesihatan terganggu akibat berpenyakit maka akan tergendala dan membuntutkan apa sahaja tindakan dan pekerjaan kita.

Seorang pelajar tentunya akan merasa gundah, apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini sewaktu hampir peperiksaan. Ada di antaranya yang kematian ahli keluarga dengan tiba-tiba, ada jatuh sakit, ada yang kehilangan semangat untuk belajar serta malas dan berbagai-bagai lagi bentuk ujian yang didatangkan oleh Allah Subhanahu Wataala untuk menguji hamba-hamba. Keadaan ini jika tidak dibantu dengan kesabaran, boleh memburukkan kebolehan seseorang pelajar itu untuk menjawab soalan dan memperolehi kejayaan. Oleh yang demikian ucapkanlah doa berikut ini setiap kali selepas solat. Insya Allah, Allah Subhanahu Wataala akan memberi kekuatan jiwa dan kegentalan semangat untuk menghadapi semua ujian ini.


Doa ini dalam surah Al-Insyirah ayat 5 hingga 8:-
Tafsirannya: “Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaan mu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan: bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal saleh, maka bersungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal saleh yang lain. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon apa yang engkau gemar dan ingin”.

Seorang pelajar amat memerlukan ketenangan hati. Oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala supaya dikurniakan ketenangan dan kesucian hati terutamanya di waktu hampir menjelang peperiksaan. Berdoalah selepas setiap waktu solat fardhu mahupun solat sunat iaitu :-
Ertinya: Ya Allah! Ampunkanlah untukku dan kedua ibu bapaku, semua orang Islam lelaki dan wanita orang-orang mukmin lelaki dan wanita yang hidup dan mati. Sesungguhnya engkau maha dekat lagi mengkabulkan semua permintaan. Ya Allah Tuhan semesta alam. Ya Allah sucikanlah hatiku dari sifat-sifat munafik, jauhilah amalan perbuatanku dari perbuatan yang hanya berpura-pura sahaja. Hindarkanlah lidahku dari kata-kata dusta, kedua mataku dari tidak jujur. Sesungguhnya engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati. Ya Allah ! sesungguhnya aku memohon kepada Mu jiwa yang tenang untuk bertemu dengan Mu, suka menerima pemberian Mu dan rela dengan ketentuan Mu.

Adalah digalakkan sebelum mengulangkaji pelajaran hendaklah melakukan sembahyang hajat dua rakaat, setelah itu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan doa-doa tertentu agar dipermudahkan untuk memahami dan menghafalnya, begitu juga dengan mengucapkan zikir dan salawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi wassallam buat memberikan kita ketenangan dan kemudahan untuk menghadapi peperiksaan.

Demikianlah beberapa kaedah atau langkah yang diajarkan oleh agama untuk diikuti sebagai usaha kita untuk mendapatkan kejayaan insya-Allah.
Firman Allah Subhanahu Wataalah dalam Surah Al-‘Ashr ayat 1 hingga 3 Tafsirannya:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.

Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

   2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

   3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

   4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
     akan menyebabkan otak kurang cekap.

   5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
     melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

   6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

   7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.

   8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

   9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

  10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

  11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
     bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
     kurang ajar dengan guru.

  12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

  13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

  14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

  15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

  16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
     sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

  17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

  18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

  19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

  20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
     peperiksaan.

  21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
     moral sebegini amatlah penting.

  22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

  23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

  24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

  25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

  26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

  27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

  28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

  29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

  30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

 

12 Kemahiran Untuk Pelajar

Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji tetapi pulangannya tidak seberapa. Sebaliknya terdapat segolongan kecil pelajar, belajar dalam keadaan yang lebih selesa, tidak terkocoh tetapi dapat pula meluangkan masa untuk beriadah dan turut melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walaupun begitu, mutu dan pencapaian akademik mereka tidak terjejas.

Persoalannya, mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama. Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.

Pelajar dan Pemelajaran

Setiap pelajar mestilah mengetahui akan tujuan dia belajar. Adakah dia belajar untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan atau belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja dan dipaksa oleh ibu bapa ? Oleh itu, para pelajar mestilah menanamkan tekad bahawa tujuannya belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sama ada yang berkaitan dengan rohani atau jasmani. Setelah yakin bahawa anda ingin belajar, maka ketahuilah pula apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar.

Pengurusan Diri

Sebagai seorang pelajar, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran pemelajaran yang stabil. Jadikanlah sekolah tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Di simpang itu, pandai-pandailah membawa diri bersama rakan dan taulan serta tidaklah pula menjadikan guru sebagai musuh. Ingatlah, guru adalah ibu bapa kedua kita. Tiada guru yang ingin merosakkan pelajarnya. Apa yang penting. Pelajar mestilah pandai membawa diri dengan sifatnya sebagai seorang pelajar.

Mengurus Masa

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Di samping itu, pelajar mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

Perancangan

Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti keupayaan berfikir secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Di samping itu, pelajar juga mestilah berfikiran matang dan tidak hanya mengikut logik semata-mata.

Kemahiran Belajar

Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

Kemahiran Membaca

Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

Kemahiran Menyelidik

Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

Kemahiran Berfikir

Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

Kemahiran Membuat Nota

Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

Kemahiran Menyampaikan

Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

Teknik Peperiksaan

Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

Kemahiran Menilai

Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.

Kesimpulannnya, jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita.

 

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

 

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
 

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

 

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

 

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
 

Suasana / Tempat Belajar

Memilih Masa Yang Sesuai

Pembelajaran Di Sekolah

Membaca, Memahami dan Menghafal

Mengandungi semua maklumat penting

Bersih dan mudah dibaca

Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)

Ringkas dan padat

 

Kesungguhan Belajar

 

LUPAAN DAN INGATAN

Apakah sebabnya kita sering lupa ?

Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.

Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.

Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
 
 

INGATAN

Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-

Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.

Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.

Ulangan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.

Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.

Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru

Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

 

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
 
 

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan  nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
 
 

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

 

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang  tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
 

 

Siri Pembelajaran Cemerlang

 

BIMBINGAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN (Bhg. 2)

Artikel minggu ini merupakan sambungan daripada minggu lepas. Ia akan menyentuh aspek mengulangkaji dan teknik menjawab soalan semasa peperiksaan.

Mengulangkaji pelajaran

Pelajar perlu bijak membezakan di antar "belajar" dan "ulangkaji". Ulangkaji bermakna kita mengharap semua matlumat dan fakta dari nota-nota ringkas dan bukannya menyogokkan fakta-fakta dan maklumat-maklumat baru yang membingungkan kepala.

Tempoh mengulangkaji

Ada pakar mengatakan masa mengulangkaji perlu dilakukan selama 3 bulan. Ada yang mengatakan selama 3 minggu. Walau bagaimanapun adalah mustahil untuk mengatakan dengan tepat akan jumlah masa yang perlu diperuntukkan kerana kemampuan seseorang itu adalah berbeza. Tetapi sebagai panduan 6 hingga 8 minggu di saat terakhir peperiksaan merupakan tempoh yang baik untuk mengulangkaji. Ada yang berpendapat selepas peperiksaan percubaan kerana kita telah menamatkan tempoh belajar untuk menghadapi peperiksaan percubaan. Tetapi ada juga yang berpendapat mengulangkaji secara ringkas setiap minggu akan menambahkan keyakinan seseorang itu menghadapi peperiksaan.

Cara mengulangkaji

    1. Perancangan yang rapi.
    2. Tekanan dan gangguan perasaan semakin terasa apabila menjelang hari peperiksaan. Tekanan akan dapat dikurangkan dengan berehat dan yang penting kita mempunyai perancangan yang ketat menjelang peperiksaan.
    3. Tumpukan pada topik utama sahaja. Bertanyalah kepada guru anda bagi mendapatkan sedikit sebanyak "hint" (bayangan) perkara yang akan keluar di dalam peperiksaan. Cikgu yang baik akan membantu anda.
    4. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya untuk topik yang dijangka keluar. Namun begitu, jangan terlalu berharap, anda juga perlu mengkaji topik lain yang MUNGKIN akan keluar?
    5. Merangka jawapan dan berlatih menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
    6. Musuh utama ketika mengulangkaji ialah jemu. Keadaan ini dapat dielakkan dengan menukar rutin yang akan menyebabkan anda segar semula. Caranya ialah:-

                                 i.            Anda boleh mendapatkan khidmat tuisyen dimana anda boleh berbincang mengenai subjek yang sukar.

                                                       ii.            Mengulangkaji secara berkumpulan. Walau bagaimanapun terdapat unsur yang merbahaya apabila belajar secara berkumpulan kerana terdapat kecenderungan untuk berbual kosong. Fikir sedalam-dalamnya tentang personaliti rakan-rakan kita untuk sama-sama berbincang. Jika kita merasakan tindakan kita untuk berbincang bersama-sama rakan-rakan lain tidak membawa banyak manafaat, elakkan untuk melakukan perbincangan.

 

Hari Peperiksaan

Apabila hari peperiksaan menjelang tiba, tiada siapa yang akan menolong kita. Hanya kita yang boleh membantu diri kita sendiri. Semuanya mesti berasa dalam ingatan kita. Tiada lagi masa untuk mengulangkaji atau membaca buku. Doa-doa kita yang lepas adalah pendorong dan meyakinkan kita untuk lulus peperiksaan. Jangan bimbang, kita memang menantikan hari ini, menanti saat-saat menghadapi peperiksaan ini.

Apa yang perlu dilakukan

      1. Menyediakan segala kelengkapan menghadapi peperiksaan seperti kad pengenalan, pen, pensil, pembaris dan peralatan lain. Sediakan jam tangan kerana bimbang jam di dalam dewan terlindung dari pandangan kita.
      2. Persiapan terakhir - Perkara yang perlu diambilkira seterusnya ialah, "Patutkah aku pergi ke sekolah bersendirian?". Ramai yang berpendapat tidak perlu berteman. Ini kerana ada dikalangan pelajar yang bersama rakan-rakan sering bercakap tentang kebimbangan dan ketakutan mereka tentang peperiksaan. Jika bersama-sama rakan pun biarlah rakan yang memberi ketenangan kepada kita. Bagi pelajar yang percaya, pen biru akan membawa tuah, teruslah menggunakannya. Bagi pelajar Muslim tentulah doa yang mengiringi keyakinan mereka ke dewan peperiksaan. Kita perlu berpegang kepada sesuatu untuk memberi harmoni kepada minda kita.
      3. Jika waktu peperiksaan bermula pada pukul 9.00 pagi, peruntukkan sedikit masa untuk sampai sebelum waktunya. Makanlah sebelum menghadapi peperiksaan. Jangan membiarkan diri terasa lapar kerana kita memerlukan tenaga untuk menghadapi peperiksaan.
      4. Perlu diingatkan kepada calon supaya pergi ke tandas terlebih dahulu untuk mengelakkan calon dari keluar semasa peperiksaan sedang dijalankan. Gangguan ini hanya mengganggu konsentrasi.
      5. Pelajar yang tenang ialah mereka yang siap sedia menghadapi peperiksaan. Seseorang akan tenang jika dapat awal ke tempat peperiksaan. Jika kita merasa tidak selesa semua ini akan ditunjukkan dalam kertas peperiksaan kita. Jika kita bersistematik dan tenang adalah tidak menghairankan jika kerja kita mudah dibaca dan kemas. Begitu juga dengan peralatan atau perkakas peperiksaan biarlah tidak menimbulkan masalah kepada kita seperti hilang atau tersalah letak.
      6. Perkara penting yang perlu kita ingat ialah menentukan tarikh dan waktu peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Bayangkanlah bagaimana kecewanya kita jika gagal dalam peperiksaan hanya kerana tersalah memastikan tarikh peperiksaan.

Peperiksaan bermula

      1. Jika ada topik ramalan yang keluar dalam soalan, tentulah kita merasa gembira. Kegembiraan itu janganlah disusuli dengan sifat tergopoh gapah. Keghairahan menjawab hanya akan menyebabkan kita terburu-buru mengejar fakta-fakta yang tersimpan dalam ingatan. Salah satu kesilapan calon ialah menjawab soalan dengan tergesa-gesa. Ini merupakan satu bentuk panik.
      2. Kebanyakan calon ingin menulis dengan cepat kerana calon merasakan mereka mempunyai masa yang singkat untuk ditulis kepada pemeriksa. Mereka ingin memberitahu kepada pemeriksa mereka tahu menjawab dan telah bersedia dengan peperiksaan. Mereka hanya melihat soalan sepintas lalu dan mula menulis apa yang mereka ketahui tentang topik itu. Jika kita mengamalkan sikap sebegini, kita sebenarnya berada dalam keadaan yang merbahaya.
      3. Kita tidak dapat mempengaruhi pemeriksa jika mendekati soalan dengan cara yang tidak tersusun kerana jawapan begitu selalu tidak mengikut kehendak soalan.
      4. Pastikan kita ada semua muka surat kertas peperiksaan. Kemudian bacalah arahan di dalam kertas peperiksaan. Cara yang baik ialah memulakan dengan tenang dan membaca soalan dengan berhati-hati sebanyak dua kali. Walaupun nampak tidak berfaedah tetapi ia merupakan disiplin yang berguna.
      5. Kelemahan calon semasa menjawab soalan.

a.       Ramai calon yang memberikan jawapan-jawapan yang ringkas atau sebaliknya memberikan jawapan yang panjang tetapi tidak mengandungi isi. Calon seperti ini belum lagi mencapai tahap kematangan dan pengetahuan berfikir serta tidak tahu berhujah.

b.      Masalah dari segi bahasa dan istilah. Penggunaan istilah atau perkataan tidak sesuai atau kurang tepat telah mengakibatkan sesuatu jawapan lain maksudnya.

c.       Menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit. Keadaan ini menimbulkan kekaburan dan kekeliruan tentang idea dan hujah yang dikemukan oleh calon.

d.      Calon tidak menguasai fakta dan tidak dapat menghubungkait sesuatu fakta atau konsep yang kerapkali dipisahkan sehingga menyebabkan kesatuan isi jawapan menjadi lemah. .

e.       Tidak mematuhi arahan yang terdapat dalam kertas soalan. Misalnya mereka tidak mematuhi jumlah perkataan yang ditetapkan. Ini menyebabkan markah calon boleh dipotong.

f.        Mutu jawapan tidak seperti yang diharapkan sehingga tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Pengolahan jawapan kebanyakannya tidak baik disebabkan oleh dangkalnya kefahaman tentang isu yang ditimbulkan.

g.       Kerapkali memberikan apa yang mereka tahu dan bukannya apa yang ditanya.

h.       Memberikan jawapan secara umum sahaja. Ini kerana pengetahuan pelajar juga secara umum dan ditambah dengan kurang minat membaca. Banyak membaca buku rujukan yang diperaku di dalam sukatan pelajaran dapat membantu calon menjawab dengan matang dan jelas.

i.         Tulisan tangan yang buruk.

 

      1. Apabila kita telah membaca soalan sebanyak dua kali secara berhati-hati, beralihlah kepada soalan seterusnya. Periksalah jumlah soalan yang perlu dijawab dan soalan-soalan yang wajib dijawab. Tidak kira berapa kali telah diberitahu atau berapa kali kita telah melihat sendiri soalan-soalan tahun lepas, tetapi kita masih mesti memastikan pada hari peperiksaan kalau-kalau bentuk soalannya telah berubah. Kemudian bahagikan masa bagi setiap soalan dengan seimbang untuk dijawab dengan lancar. Kita juga perlu menyediakan masa untuk membaca semula jawapan yang telah ditulis. Adalah tidak bijak jika kita mengatakan adalah lebih berfaedah dalam masa 7 minit ini digunakan untuk menjawab soalan dari membaca semula semua jawapan. Melalui pembacaan semula kita dapat memperbetulkan ejaan, tulisan yang tidak jelas, tanda baca, imbuhan, penggunaan kata jamak, permulaan ayat atau fakta yang tertinggal. Pembetulan ini sedikit sebanyak membantu kita untuk memperolehi markah yang lebih.

         

Panik semasa peperiksaan

Mula-mula berhenti menulis, luangkan sedikit masa. Letak pen atau pensil, genggamkan tangan dan lembutkan anggota badan. Jangan silangkan kaki. Tarik nafas sedalam-dalamnya menerusi hidung. Dapatkan sebanyak mana oksigen. Sekiranya perlu ke bilik air minta kebenaran. Jangan fikir tentang kertas peperiksaan sehingga kembali ke dewan. Buat semula senaman tarik nafas. Setelah lega, mulalah dengan membaca/menyemak jawapan yang dibuat dan mula menjawab.


 

TIPS CEPAT PERSEDIAAN PEPERIKSAAN

      1. Bersedialah dengan nota poket yang lengkap, sekurang- kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan.
      2. Jadikan buku- buku teks sebagai rujukan sahaja.
      3. Elakkan dari mengamalkan belajar pada saat- saat akhir.
      4. Bagi pelajar yang lemah hendaklah mengambil masa yang lebih lama untuk mengulangkaji pelajaran.
      5. Rujuklah kepada guru apabila menghadapi masalah berhubungan dengan pelajaran.
      6. Dalam mengulangkaji pelajaran, pelajar hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang- kurangnya 10 minit.
      7. Berdoa kepada Allah sebelum dan selepas mengulangkaji.
      8. Luangkan masa untuk mengerjakan solat hajat dan membaca Al- Quran.
      9. Pelajar juga hendaklah menjaga kesihatan diri.

         

Di dewan peperiksaan

      1. Jangan berbincang atau menghafal di luar dewan.
      2. Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan.
      3. Patuhi semua arahan dan peraturan.
      4. Mulakan peperiksaan dengan bismillah dan doa seperti doa memulakan pelajaran.
      5. Baca soalan dengan teliti.
      6. Gariskan arahan yang penting dalam soalan.
      7. Untuk soalan esei, catatkan isi jawapan atau rangka jawapan terlebih dahulu untuk mengelakkan pelajar terlupa fakta.

Selamat menempuh peperiksaan!

NOTA: Disesuaikan daripada buku "Kaedah Membaca Optimum", susunan oleh Dr. Mohamed Fadzil Che Din, Universiti Putra Malaysia yang juga panel pakar rujuk Yayasan UMMI Malaysia.