JAWATANKUASA INDUK KO-KURIKULUM SERI Al HUDA TAHUN 2006

Penasihat                       :           Puan Surayah Sarin (Guru Besar)

Pengerusi                       :           En. Mohd. Sabri Mohd. Radzi (GPK Kokurikulum)

Ahli Jawatankuasa         :           Pn. Asmaziah (Pengerusi sukan)

                                    :           En. Hairul Azhar bin Teh Mohd (Setiausaha Sukan dan Permainan)

                                    :           Pn. Sarimah Mat Jalani (Pengerusi Unit beruniform)

                                    :           Puan Maznah bt. Mat Zin(Setiausaha Unit Beruniform)

                                    :           En. Tarmizi  (Penyelaras Kelab dan persatuan)

                                    :           En. Nor Azman Yahaya (Setiausaha kelab dan persatuan)

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN GERAKERJA KO-KURIKULUM

1.                   KEAHLIAN

Setiap pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam gerakerja ko-kurikulum: satu gerakerja sukan dan permainan. Satu gerakerja pasukan unit beruniform dan satu gerakerja kelab dan persatuan.

2.                   KEDATANGAN

kedatangan guru dan murid adalah diwajibkan  dan menyertai kegiatan yang dijalankan dengan aktif.

3.                   PAKAIAN

Pakaian seragam , pakaian sukan dan pakaian pendidikan jasmani dibenarkan sewaktu menjalani gerakerja ko-kurikulum.

4.                   KEMUDAHAN, KESELAMATAN DAN DISPLIN

Guru bertanggungjawab bagi menjaga , menjamin keselamatan peralatan yang digunakan itu dalam keadaan baik dan selamat.

KONSEP DAN MATLAMAT KO-KURIKULUM SERI Al HUDA TAHUN 2006

1.                   Sebagai program sokongan kepada kurikulum ke arah kecemerlangan pendidikan yang

                      seimbang.

2.                   Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian didalam bidang sukan,

                      permainan,persatuan,kelab dan pasukan unit beruniform.

3.                   Menyediakan segala kemudahan yang secukupnya kepada semua aktiviti ko-kurikulum.

4.                   Memberi peluang kepada semua murid supaya mereka dapat memajukan diri dalam lapangan

                      yang diceburi ke arah kecemerlangan ilmu dan kerjaya.

5.                   Mengembangkan bakat dan minat ke arah pembentukan insan yang seimbang, berakhlak mulia

                      dan berketerampilan.

6.                   Memberi galakan dan dorongan supaya murid  dapat mengembangkan minat dan bakat

                      mereka dengan berkesan.

7.                   Kesempatan dan peluang untuk mengasah kebolehan serta bakat kepimpinan dalam

                      pengendalian dan pengurusan aktiviti ko-kurikulum.

8.                   Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif(Nilai Murni)

9.                   Melatih murid bijak mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah disamping

                      membina kesihatan dan kesejahteraan diri, sosial dan harmoni dalam masyarakat.

10.                 Memberi peluang dan galakan kepada murid-murid membuat kerja-kerja khidmat kepada

                     masyarakat sekeliling.

11.                 Menyediakan peluang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk memberi sumbangan idea dan

                     material terhadap sekolah.